Kelas Cipta Kad Ucapan Menggunakan Canva
14 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 Febuari 2019, telah diadakan kelas mencipta kad ucapan menggunakan aplikasi Canva bersama pelajar sekolah rendah SK Kg Karangan seramai 7 orang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan. Kelas ini diadakan selama 2 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada pelajar.
Objektif kelas ini adalah untuk memberi panduan kepada pelajar cara menghasilkan kad ucapan menarik dan kreatif menggunakan aplikasi Canva iaitu secara atas talian. Pada permulaan, pengajar memberi penerangan tentang kelebihan aplikasi Canva dan cara-cara asas bagi memulakan penghasilan kad ucapan menarik termasuk kad ucapan hari lahir, hari persahabatan, hari ibu, hari ayah, hari guru serta kad ucapan perpisahan. Pelajar diberi masa untuk menyiapkan kad ucapan mengikut kreativiti masing-masing dengan bantuan dari pengajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: